1.Restoran Simpang Tiga – Masakan Padang. Lepas je check-in hotel, perut dah bising minta diisi. Sebelum ni aku tak tahu sangat pasal restoran ini. Ini pertama kali dengar, pertama kali singgah. Terletak di Greentown, beberapa minit je dari Hotel Ritz Garden kami. Restoran ini mempunyai ruang makan di dalam yang berhawa dingin dan luar. Selain masakan panas, terdapat juga juadah lauk masakan Padang untuk pilihan pelanggan. Dengar cerita, Restoran Simpang Tiga ni sentiasa penuh samada hari biasa atau hari minggu. Walaupun penuh, servis dia tetap tip top. Semasa aku ‘ blur ‘ nak makan apa, ada seorang krew restoran assist aku untuk memilih lauk yang ada. Siap dia boleh rekemen dan terangkan apa benda lauk tu. Maklumlah, bab-bab masakan Padang ni aku kurang sikit. Di stesen lauk, aku hanya perlu tunjuk nak itu, nak ini untuk makan 5 orang. Dan setel memilih, balik ke meja, nanti diorang akan hantarkan. Menu pilihan ikan jenahak bakar berempah ...